# Berapa Umur Rifaie Sekarang Ni Ye??? #
Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Picture Rifaie Selepas 1Jam Di lahirkan...


Assalammualaikum...seperti yang dijanjikan, harini Rifaie akan postkan gambar Rifaie selepas sejam dilahirkan...Disertakan juga gambar Rifaie ditahnikkan oleh Abah di hospital Mabarah, Alexandaria selepas sejam berhempas pulas untuk keluar dari perut Ummi tersayang...:) Alhamdulillah...setelah Abah selesai melakukan azan dan iqamah pada kedua-dua telinga Rifaie, Abah telah membacakan beberapa ayat di telinga Rifaie supaya di jauhi 'Ummu Sibyan' dan dorongan syaitan untuk melakukan perkara-perkara yang terkutuk dan terkena penyakit sawan.

Alhamdulillah...syukur juga kehadrat Allah SWT kerana makanan yang pertama sekali masuk ke dalam mulut dan perut Rifaie adalah Tamar Ajwa dan Air Zam-zam yang telah di suapkan oleh Abah ketika Abah mentahnikkan Rifaie disertai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah Ar-Rahman, Al-Qiamah, Al-Buruj, Al-Mukminun, Al-Qalam, An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-fatihah dan beberapa doa tahnik dan akhir sekali Abah membacakan selawat di telinga Rifaie...dengan harapan Rifaie akan menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang patuh pada perintahNYA...Amin Ya Rabb...

Rifaie selepas sejam di lahirkan...Alhamdulillah...

Rifaie dalam kesejukkan...dibaluti santamora...

Abah sedang mengunyahkan Tamar Ajwa untuk Rifaie...

Abah memasukkan Tamar Ajwa kedalam mulut Rifaie...

Tamar Ajwa disuapkan Abah ke mulut Rifaie...

Alhamdulillah...Tamar Ajwa selamat disuapkan kedalam mulut Rifaie...

Rifaie sedang asyik menikmati Tamar Ajwa di tangan Abah...:)

Abah sedang memberikan Rifaie minum air zam-zam...

Abah sedang membacakan doa dan selawat untuk Rifaie...



No comments: